Tuesday, September 23, 2008

Claymore mine

Ini adalah gambar claymore mine. Ia merupakan sejenis periok api yang masih di guna pakai oleh tentera Malaysia dan banyak negara lain. Senjata Claymore mine M18A1 ini adalah sangat efektif untuk digunakan untuk tujuan serang hendap dan melengahkan musuh semasa membuat pengunduran. Bahagian dalam diisi dengan ball bearing dan bahan letupan plastik (PE). Ia juga mengunakan peletup M57 dan wayar peletup M6 elektrik. Ringan dan tahan lasak. Musuh yang berada 60 darjah di hadapan letupan ini pasti mati atau cedera terok. Ia juga boleh di sambung dengan claymore mine lain supaya kuasa letupan dan lengkok kawasan bahaya menjadi lebih besar. Boleh di operasikan oleh angota berseorangan dan berpasangan.

No comments: